Monday, April 28, 2008

MESYUARAT AGUNG TERGEMPAR MPNT...

Satu mesyuarat agung tergempar telah diadakan pada 28 April 2008 (Isnin), jam 2.30 petang telah diadakan di Kompleks Belia Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Mesyuarat ini telah berjaya diadakan setelah beberapa kali tertangguh. Mesyuarat ini juga membuat keputusan melantik ahli Majlis Pengakap Negeri Terengganu bagi sesi 2008/2010.
Mesyuarat ini telah berjalan lancar. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh perwakilan dan pemerhati dari semua daerah. Pesuruhjaya Negeri Terengganu, Tuan Haji Othman Ismail dalam ucapannya berharap aktiviti kepengakapan di negeri Terengganu akan terus maju dan berharap semua pihak dapat memikirkan kepentingan pengakap untuk ahli-ahli pengakap yang berada di kumpulan.
Mesyuarat sebulat suara telah memutuskan Yang Berbahagia Dato' Haji Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu yang baru. Semua jawatan-jawatan telah dimenangi tanpa bertanding kecuali jawatan setiausaha telah menyaksikan pertandingan dua penjuru di antara Encik Mohamad Sulaiman (PPPN : Pentadbiran) dan Encik Kamaruddin Mamat (PPPN : Tugas-Tugas Khas).
Yang Berbahagia Dato' Haji Abdullah dalam ucapannya selepas pemilihan telah menyeru semua individu agar dapat memberikan kerjasama dalam membangunkan kepengakapan di negeri Terengganu.
Keputusan Pemilihan Ahli Majlis Pengakap Negeri Terengganu sesi 2008/2010:
Pengerusi : YBhg. Dato' Haji Abdullah
Setiausaha : Encik Mohamad Sulaiman
Penolong Setiausaha :
Bendahari : YM tengku Ahmad Sabirin
Ahli Jawatakuasa:
  • YB Encik Nawi
  • Encik Nasran Abdul Halim
Perwakilan dari daerah Hulu Terengganu:
  1. Encik Abdul Malik Ali
  2. Encik Esham Busu
  3. Encik Ahmad Yusri Mustafa
  4. Encik Ahmad Yusazri Yusof
  5. Encik Shamshurizat Hashim

Pemerhati dari daerah Hulu Terengganu:

  1. Encik Zainal Abidin Ali
  2. Encik Rosley Mat Hasan

0 Comments: